Baru-baru ini JPJ telah membuat satu program inisiatif bantu golongan miskin bandar di mana JPJ perkenal program Myprihatin. Sasaran adalah penduduk bandar berpendapatan isirumah bulanan kurang RM3,900 (B40) untuk miliki lesen motosikal B2 dengan kadar RM100 sahaja berbanding kadar biasa RM360.
Syarat-syarat permohonan Program myPRIHATIN ini :-
- Warganegara yang mempunyai kad pengenalan warna biru
- Umur 16 tahun ke atas
- Miskin bandar yang pendapatan Isi rumah Rm3000 ke bawah
- Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu
Buat masa ini, program myPRIHATIN ini baru dlaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Pada masa akan datang akan dibuat di bandar-bandar besar iaitu Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. (Negeri lain dilancarkan secara berperingkat).
Calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah
Program e-Kasih atau mendapat bantuan dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat atau
Penerima bantuan Baitulmal
Maklumat ini diperoleh melalui Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
0 Ulasan