SUMBER MANUSIA | PENGENALAN STRATEGI PENGAMBILAN PEKERJA
Pengambilan pekerja adalah suatu strategi langsung dalam membuat keputusan sama ada organisasi akan mendapatkan tenaga kerja disamping mencapai matlamat memenuhi kerjaya dalam organisasi tersebut. Strategi pengambilan pekerja ini memberi kesan langsung dalam proses membuat keputusan dalam teknik pengumpulan data-data calon tenaga kerja dan sumber manusia. Data-data ini akan menjadi satu kaedah yang dijadikan panduan dan strategi organisasi memilih secara spesifik cara bagaimana pengurusan sumber manusia menilai seseorang untuk diambil bekerja. Ini akan mempengaruhi sesebuah organisasi dalm membuat pemilihan dan pengambilan pekerja kelak disamping mencapai matlamat pengurusan sumber manusia untuk proses perlantikan pekerja.
Keputusan penting dalam membuat keputusan bagi mewujudkan strategi pengambilan pekerja iaitu :-
1. Membangunkan kebolehan pekerja
2. Pengambilan pekerja
secara masa depan
3. Kepakaran dan Khusus
4. Kualiti Tenaga pekerja
yang luar biasa
5. Pengambilan Dalaman dan
Luaran
5. Mencapai Perkembangan
Sumber Manusia Sama ada Aktif atau Pasif
6. Tenaga Pekerja Asas Atau
Sementara
Membangunkan Kebolehan Pekerja
Organisasi hendaklah menentukan sama ada pekerja baru yang
diambil mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan.
Disamping itu, kaedah KSAO (knowledge, skills, Ability dan Other
Characteristics) yang digunakan akan membangunkan kebolehan pekerja yang
diambil kelak. Penentuan kaedah KSAO ini tentunya akan lebih menjimatkan
kos-kos seperti kos latihan pekerja dan pembangunan kerjaya pekerja tersebut.
Oleh yang demikian penting bagi organisasi untuk mencari pekerja yang sanggung
dan boleh mengikuti latihan dalam asas KSAO yang mana berkaitan dengan
tanggungjawab masing-masing terhadap organisasi tersebut.
Pengambilan pekerja secara
masa depan.
Pengambilan pekerja boleh dibuat setelah pembangunan
organisasi dan strategi sumber manusia telah diwujudkan. Dalam sistem pengambilan
pekerja, proses ini akan dijalankan setelah organisasi merancang pembangunan
organisasi dan strtegi sumber manusia yang telah dikembangkan. Pada
permulaannya, proses perancangan strategi organisasi dan objektif diwujudkan,
seterusnya pembangunan sistem pengambilan pekerja boleh dilaksanakan bagi
menentukan bilangan dan jenis pekerja yang akan diambil oleh pengurusan sumber
manusia. Oleh itu, sistem pengambilan pekerja ini akan dianggap sebagai input
kepada strategi sumber manusia dalam membuat keputusan tenaga kerja kelak.
Organisasi dengan khidmat pengurusan sumber manusia boleh
mendapat atau memperolehi pekerja yang berpengalaman tanpa perlu menekankan
Kesanggupan organisasi dalam menentukan jumlah pekerja yang diambil dan bila
akan diperlukan kelak, Secara umumnya, kita dapati pekerja berpengalaman ini
boleh membantu organisasi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Kepakaran Pekerja
Secara amnya, terdapat dua jenis kepakaran pekerja iaitu
kepakaran secara khusus dan kepakaran secara am. Ini dapat dinilai melalui
kaedah KSAO (knowledge, skills, Ability dan Other Characteristics). Organisasi
boleh membuat keputusan pengambilan pekerja melalui pilhan sama ada pekerja
yang mahir dalam bidang khusus atau memilih pekerja yang boleh bekerja dalam
pelbagai bidang. Pekerja khusus ini merujuk kepada tenaga kerja yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu perjawatan contohnya
jurutera dalam bidang teknikal atau doktor dalam bidang perubatan. Manakala
bagi pekerja mempunyai kepakaran am pula kaedah KSAO amat dititikberatkan
dengan kebolehan pekerja dalam menyesuaikan diri dalam bidang diceburi,
kemahuan dan kebolehan untuk belajar dan kemahiran matematik. Kepakaran am ini
amat sesuai bagi organisasi yang mempunyai pelbagai skop kerja dan sesebuah
organisasi yang baru diwujudkan.
Pengambilan Dalaman dan Luaran
Pengambilan pekerja secara asasnya terbahagi kepada dua
iaitu pengambilan dalaman organisasi dan pengambilan pekerja luar dari
organisasi. Pengambilan pekerja secara dalaman ini adalah bertujuan mengisi
jawatan dalam organisasi dengan meningkatkan komitmen pekerja untuk bekerja. Perkara
ini merupakan matlamat dan keinginan untuk memajukan diri seseorang pekerja
dalam meningkatkan kerjaya masing-masing pada masa akan datang. Pengambilan pekerja
dari luar organisasi pula adalah sesuai untuk semua peringkat pekerjaan.
Kemungkinan pengambilan pekerja luar ini adalah disebabkan pada masa tersebut
tidak terdapat calon sesuai untuk mengisi jawatan kosong dalam organisasi.
Perkembangan Sumber Manusia Secara Aktif atau Pasif
Sejak dari dahulu perkembangan sumber manusia berdasarkan
tenaga kerja yang dirangkumi demografi, nilai dan kemahiran pekerja yang akan
diambil. Organisasi boleh menggunakan dan menentukan perbezaan profil pekerja
sama ada menjadi faktor kritikal dalam proses pengambilan atau melalui kaedah
penjanaan peluang perkembangan pekerja secara semulajadi. Perbezaan
latarbelakang pekerja akan membantu organisasi dalam membuat keputusan
pengambilan pekerja. Manakala proses perkembangan kerjaya secara semula jadi
tentunya memerlukan masa yang panjang untuk menentukan pekerja yang
berkebolehan tetapi seterusnya membantu organisasi untuk mencapai polisi dalam
strategi menggaji seseorang pekerja dalam kerjaya mereka.
Tenaga Pekerja Asas
Tenaga
pekerja asas adalah golongan pekerja tetap. Pekerja tetap ini merangkumi
pekerja sepenuh masa dan pekerja separuh masa. Pekerja jenis ini berdasarkan
kekuatan tenaga pekerja dalam membantu organisasi dalam menjayakan matlamat
semua pekerja adalah bertanggungjawab dan berintegriti terhadap pekerjaan yang
telah ditawarkan kepada mereka.
Kebaikan tenaga pekerja asas:-
- Pekerja Asas ini lebih bertanggungjawab terhadap matlamat organisasi tempat mereka bekerja
- Pekerja asas adalah mudah didekati dan sikap mereka mudah dijangka oleh organisasi.
- Pekerja asas ini boleh dikawal sepenuhnya melalui proses kerja masing-masing dan jangkaan prestasi tahunan mereka apabila mereka diambil bekerja.
- Organisasi mempunyai kebebasan dalam menentukan kaedah pengambilan pekerja.
Keburukan tenaga pekerja asas :-
- Organisasi adalah terikat dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui menyebabkan proses pengambilan pekerja kurang fleksibel jika berlaku keadaan perubahan dalam organisasi.
- Apabila pekerja berhenti kerja di organisasi akan mempengaruhi dan mempengaruhi emosi pekerja sedia ada apabila organisasi akan membayar ganjaran pemberhentian yang lumayan.
Tenaga Pekerja Sementara (Fleksibel)
Tenaga
pekerja asas adalah golongan pekerja tetap. Pekerja tetap ini merangkumi
pekerja sepenuh masa dan pekerja separuh masa. Pekerja jenis ini berdasarkan
kekuatan tenaga pekerja dalam membantu organisasi dalam menjayakan matlamat
semua pekerja adalah bertanggungjawab dan berintegriti terhadap pekerjaan yang
telah ditawarkan kepada mereka.
Kebaikan Tenaga Pekerja Sementara:-
- Pekerja sementara adalah lebih murah untuk
diselenggara dari segi kos latihan dan kos pekerja, serta penggajian dan
faedah
- Organisasi lebih fleksibel dalam menangani
perubahan teknologi dan permintaan pelanggan
Keburukan Tenaga Pekerja Sementara:-
- Organisasi pada dasarnya tidak berpeluang untuk mengawal sepenuhnya pekerja yang diambil bekerja.
- Pekerja sementara ini kurang keupayaan dalam menggunakan peralatan organisasi kerana mereka diambil secara terus oleh sesebuah organisasi dan digunakan pada masa yang diperlukan sahaja.
Baca juga artikel berkaitan :-
2 Ulasan
antara bidang saya suka suatu ketika dahulu..
BalasPadamHuman Resource Management
ya saya pun minat jugak hr ni. cuma utk buat blog memang tak sesuai haha
Padam