Tips renew road tax mati lebih satu tahun

Renew Road Tax | Tips Membaharui LKM Tamat Tempoh Lebih Satu Tahun

Tips renew road tax mati lebih satu tahun


Post kali ini saya nak bincangkan tentang tips renew road tax mati lebih satu tahun atau dalam bahasa yang digunakan  Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh lebih satu tahun. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana apabila kita guna kereta atau motosikal yang road tax tamat tempoh lebih satu tahun pihak JPJ boleh dengan kuasa yang diberikan untuk menyita kenderaan tersebut. Malah kes-kes seperti ini tidak boleh dikompaun di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi perlu hadir di mahkamah bagi menyelesaikan kes LKM tamat tempoh. Tidak kiralah 1 hari atau bertahun-tahun kenderaan tersebut tidak diperbaharui road tax kenderaan tersebut.

Persoalan adalah bagaimana nak ke Puspakom atau JPJ padahal road tax tamat tempoh? 


Permit Perjalanan Sementara adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh pihak JPJ bagi membenarkan seseorang untuk memandu kenderaan yang road tax telah tamat tempoh. Penggunaan Permit perjalanan sementara ini adalah untuk ke Puspakom atau ke JPJ dengan syarat perlindungan insuran berkuatkuasa dan tidak tamat tempoh. Insuran hendaklah dibaharui sebelum mendapatkan dokumen ini. Kita boleh membaharui insurans melalui agen-agen yang telah dilantik. Pemandu kenderaan tersebut hendaklah mempunyai lesen dalam kelas lesen yang membenarkannya memandu dan lesen tersebut masih berkuatkuasa. Contoh permit perjalanan sementara



Borang di atas boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan pelanggan atau boleh dimuat turun di portal JPJ. 

Borang ini perlu ditandatangani oleh pihak JPJ sebelum kereta boleh dipandu ke puspakom. Permit perjalanan sementara ini penting kerana ini adalah satu dokumen kebenaran untuk membawa kenderaan dari lokasi (rumah)  kenderaan ke puspakom dan balik semula ke lokasi (rumah). Sekiranya dalam perjalanan ke puspakom, kita hanya perlu menyerahkan permit perjalanan sementara ini kepada pihak polis atau pegawai JPJ sekiranya diminta. Ini adalah kebenaran memandu kenderaan yang road tax telah tamat tempoh sah lakunya. Sekiranya permit ini tidak dapat dikemukakan, saman akan dikeluarkan pada masa tersebut. Saman tersebut tidak boleh dikompaun dan hanya boleh diselesaikan di mahkamah. Malah pihak JPJ boleh menyita kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut disebabkan road tax telah tamat tempoh.

Kenderaan yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau road tax  yang tamat tempoh lebih 1 tahun perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan semula bagi membolehkan kita baharui road tax tersebut. Bagi kereta, lori atau bas perlu dibawa  ke puspakom untuk pemeriksaan. Manakala bagi motosikal cukup hanya membawa motoskal tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan berhubung terus ke Bahagian Kejuruteraan Automotif untuk pemeriksaan. Untuk motosikal terpulang kepada kita sama ada memilih untuk diperiksa oleh Puspakom atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Bawa kad pendaftaran kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Pihak Puspakom akan mengeluarkan satu keputusan yang dipanggil Puspakom B2 (untuk kenderaan atau motosikal). Manakala bagi motosikal yang diperiksa oleh JPJ, unit Kejuruteraan Automotif akan mengeluarkan keputusan surat pemeriksaan kenderaan yang dipanggil PG10 sebagai kelulusan kenderaan tersebut boleh membaharui road tax.

Setelah pemeriksaan kenderaan dilakukan, bolehlah kita terus ke Kaunter JPJ untuk membaharui road tax mengikut kadar harga roadtax mengikut jenis kereta anda. Kini kita bole renew roadtax tanpa geran kereta atau motosikal. Ini sahaja tips renew roadtax mati lebih satu tahun pada kali ini. 


Catat Ulasan

0 Ulasan