Sajak | BUMI MENJERIT | Yakub Uton
Setiap saat bumi menangis
Setiap minit bumi menjerit
Setiap jam bumi meraung
tanpa henti
makhluk bumi langsung tidak peduli
tunggulah apabila Tuhan murkah
semuanya akan hancur
lebih dahsyat daripada kehancuran di Aceh
pada 26 Disember, 2004
apabila tsunami mengganas
dan lebih dahsyat daripada kehancuran di Jepun
pada 11 Mac, 2011
akibat bencana tsunami
itu peringatan Tuhan tetapi sebahagian
makhluk masih tetap tidak peduli.
YAKUB BIN UTON
11 Mac, 2011
0 Ulasan