Cara Tukar Milik Kenderaan




Pada post kali ini saya akan share cara tukar milik kenderaan di JPJ. 

Pertama perkara perlu diutamakan adalah 

1) Geran Pendaftaran Kenderaan atau terbaru Sijil Pemilikan Kenderaan(VOC)
2) Kad Pengenalan Owner Lama dan  Pembeli 
3) Sijil Pemeriksaan Tukar Milik B5 - Keputusan Puspakom bagi Kereta. Motosikal tidak perlu buat pemeriksaan puspakom
5) Insuran atas nama pemilik baru
4) Wang secukupnya untuk fee tukar milik dan road tax (Lesen Kenderaan Motor)
5) Pinjaman kenderaan telah selesai.




Contoh Check list TM-1 (Pind. 1/2012)


Contoh Borang Tukar Milik JPJk3(Pind.1/2014)

Pertama

Sebelum tukar milik kenderaan boleh dibuat, pastikan pinjaman kereta telah diselesaikan di bank sekiranya. Biasanya wakil bank akan maklumkan peminjam untuk semak status pinjaman kenderaan di JPJ apabila pinjaman telah selesai. 

Kedua.  
Setelah pastikan tiada lagi sekatan disebabkan pinjaman kenderaan dengan bank, pembeli bolehlah bawa kereta tersebut ke Puspakom. Tujuan pemeriksaan ini untuk memastikan kenderaan tersebut dalam keadaan, mengenalpasti identiti kenderaan, casis dan engine adalah sama dengan daftar kenderaan, pematuhan penggunaan cermin gelap dan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan kenderaan yang mahu diperiksa. Sah laku bagi pemeriksaan puspakom tukar milik ini adalah selama satu bulan. 

Ketiga
Selepas pemeriksaan puspakom, pembeli bolehlah membeli perlindungan insuran kereta. Ingat.. maklumkan agen insuran yang kita nak beli insuran atas nama pembeli/ pemilik baharu kereta. Pastikan nama dan nombor kad pengenalan/ passport adalah betul. Kesilapan masukkan nombor kad pengenalan atau passport menyebabkan road tax tidak dapat dikeluarkan. Perlindungan insuran pihak pembeli perlu kerana apabila tukar milik berjaya dilakukan, road tax asal akan terbatal dan perlu diganti dengan road tax yang baru (pemilik baharu).

Keempat. 
 Pihak penjual boleh datang terlebih dahulu untuk pengesahan biomatrik cap jari untuk proses tukar milik. pemilik asal hanya perlu kemukakan kad pengenalan dan borang tukar milik sahaja untuk proses ini. Minta borang tukar milik dengan petugas khidmat pelanggan sebelum proses tukar milik. Isi maklumat nama, nombor kad pengenalan dan alamat dengan betul di borang yang disediakan. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil. Sah laku bagi pengesahan tukar milik ini adalah selama 7 hari. Dalam tempoh ini, pembeli perlu hadir di mana-mana JPJ seluruh Malaysia untuk pengesahan biomatrik persetujuan tukar milik. Selesai perkara perlu dilakukan oleh pemilik asal.



Kelima
Pembeli perlu selesaikan prosea tukar milik dalam tempoh 7 hari. Bawa kad pengenalan, keputusan Puspakom B5 dan wang secukupnya untuk fee bagi tukar milik dan pengeluaran road tax. Dapatkan borang tukar milik di kaunter khidmat pelanggan. Isi borang sama seperti yang diisi oleh penjual. Tunggu nombor giliran dipanggil. Setelah dipanggil serahkan kad pengenalan, borang tukar milik dan keputusan Puspakom B5 tadi. Pengesahan tukar milik secara biomatrik akan dilakukan. Sistem ini akan semak perkara-perkara seperti saman tertunggak, perlindungan insuran, permohonan tukar milik  dan pinjaman bank. Sekiranya tiada masalah proses tukar milik berjaya. Pemunya baharu bolehlah membayar fee tukar milik beserta dengan fee road tax baru.

Tanggungjawab pemunya asal
1) Serah kad pendaftaran kenderaan kepada pembeli
2) Menyelesaikan semua saman kenderaan sekiranya ada.
3) Memastikan status pinjaman kereta selesai.
4) Hadir di JPJ untuk pengesahan biomatrik.

Tanggungjawab pembeli
1) Melakukan pemeriksaan kenderaan di puspakom.
2) Membeli perlindungan insuran kenderaan
3) Menyelesaikan saman atas nama sendiri sekiranya ada.
4) Selepas pemunya asal membuat thumb print pengesahan tukar milik; pembeli perlu hadir di JPJ untuk pengesahan biomatrik untuk proses tukar milik dalam tempoh 7 hari.
5) Menyediakan wang secukupnya untuk fee tukar milik dan mencetak road baharu..

Tanggungjawab agen insuran
1) Memastikan nama dan nombor kad pengenalan pembeli dalam polisi insurans betul
2) Memastikan tempoh sah laku perlindungan insuran adalah betul.
3) Menyerahkan salinan perlindungan itu kepada pembeli.

Tanggungjawab petugas kaunter JPJ
1) Menerima dan menyemak borang tukar milik dan salinan puspakom b5.
2) Mengesahkan biomatrik pemunya dan pembeli untuk tukar milik.












Catat Ulasan

0 Ulasan