Sajak | Kambing Hitam | Yakub Uton
Koleksi sajak
Kerana aku lembu
aku dikorbankan
kerana aku lembu
aku dijadikan juadah
kerana aku lembu
aku dijadikan serunding
tak cukup aku
kambing hitam ditambat
di pokok nangka
untuk habuan semut kerengga
lepas itu dikorbankan
seperti lembu
untuk juadah sang bunian
sampai bila nasib kami
haiwan yang dinamakan
lembu dan kambing hitam
0 Ulasan