Untuk rujukan tambahan tukar milik bolehlah rujuk post saya sebelum ini yang membincangkan membincangkan cara tukar milik kenderaan rujuk disini.
Semua proses tukar milik kenderaan selain pindahmilik secara sukarela ini lebih kurang sama dengan tukar milik kenderaan secara suka rela selain diperlukan beberapa dokumen sokongan untuk proses ini diteruskan.
1) Dokumen utama
Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
a. Perintah Mahkamah; atau
b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
Contoh Harta Pusaka Kecil
2) Dokumen Pemeriksaan Puspakom (Sijil Pemeriksaan Puspakom B5)
3) Borang Tukar milik Kenderaan Selain Pindakmilik Secara Sukarela
4) Kad Pendaftaran Kenderaan
5) Kad Pengenalan pemunya baru.
Pemunya baharu perlu hadir bersama-sama dokumen seperti dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan, Sijil Pemeriksaan Puspakom B5, Kad Pendaftaran Kenderaan, kad pengenalan dan mengisi borang tukar milik kenderaan selain pindahmilik secara sukarela. Borang ini boleh dimuat turun melalui portal JPJ atau datang terus ke kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan borang tersebut.
Adalah lebih baik minta petugas khidmat pelanggan menyemak dokumen-dokumen tadi sebelum mengambil nombor giliran untuk proses tukar milik.
Fee untuk tukar milik adalah berbeza mengikut negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung mengikut jenis kenderaan yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Rujuk di bawah sebagai panduan.
5 Ulasan
Salam.. Nak tanye sikit.. Nk tukar nama kereta owner da meninggal.. Sy ada sijil kematian sahaja boleh ke
BalasPadamSalam sy nk tanye nk tukar nama kereta owner da meninggal..sy ada sijil kematian sahaja... Boleh ke...
BalasPadamboleh. ikut step di atas.
Padamuntuk pengeluaran salinan geran kenderaan warisnya bole buat permohonan voc. sama ada adik beradik atau ibu bapa. Bawa dokumen sokongan sebagai bukti waris terdekat.
Assalamualaikum .kalau tiada waris cammana nak tukar nama.owner Lama da meningal .
BalasPadamkena cari dulu. kena cari senarai utama. Senarai waris merujuk kepada Faraid. Boleh rujuk mahkamah syariah
Padam